Sejarah pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Politeknik: KOTA KINABALU SABAH
Kod kursus: MPU21032
Tajuk: SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Nama Lecturer: PN.FAREEHA NABILA BINTI PUTRA
Kelas: DLS1B
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NURUL AZYAN KAMALUDIN (07DLS20F2028)
2.SUZIN GILBERT (07DLS 20F2078)
3.MUHD AMRIL (07DLS20F2081)
4.ANDI MOHD IKHSAN (07DLS20F2036)
SENARAI KANDUNGAN:
1.PENGHARGAAN
2.OBJEKTIF
3.PENGENALAN
4.HURAIAN DAN ISI
5.KESIMPULAN
7.RUJUKAN
PENGHARGAAN :
(gambar sumber daripada google)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana diatas limpah kurniaanya e-folio ini dapat kami siapkan dan sempurnakan.
Disini,saya ingin merakamkan setinggi tinggi pernghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada PN.FAREEHA NABILA BINTI PUTRA yang telah membimbing kami menyediakan tugasan ini.
Rakan-rakan sepejuangan juga amatlah dihargai kerana telah berusaha sebaik-baiknya menyiapkan tugasan ini tidak kira tempat dan masa.Tanpa kerjasama mereka,e- folio ini tidak dapat dihasilkan dengan jayanya.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kumpulan mencari maklumat dan idea tambahan demi menghasilkan e-folio yang bermanfaat kepada masyarakat.
OBJEKTIF :
Perpaduan Negara juga berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, selain ia selaras dengan dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).
Dasar utama negara :
Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Membentuk Satu Sikap Yang Liberal
Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Rukun negara :
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Perpaduan Negara sudah menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
PENGENALAN :
Berdasarkan kamus dewan, konsep masyarakat membawa maksud kepada kumpulan manusia yang menetap bersama di suatu tempat dengan mengikut aturan serta cara tersendiri dan masyarakat ini terdiri daripada kaum dan bangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang bercirikan kepelbagai jenis kaum dan agama. Malaysia mempunyai tiga buah kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
HURAIAN DAN ISI :
Masyarakat majmuk atau Pluralistik merujuk kepada berberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, Tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. Berlawanan dengan Masyarakat Majmuk ialah Masyarakat homogen. Masyarakat di Tanah Melayu (MALAYSIA) pada sekitar kurun ke-19 didominasikan oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu ketika itu iaitu India dan Cina.
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perunbahan sosial. Perkembangan perusahan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, Terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa Sumetera, Riau dan lain-lain kepulauan Indonesia.
Salah satu faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk ialah perbezaan agama. Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing. Masyarakat Melayu yang beragama Islam membina surau dan masjid. Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di ladang – ladang untuk beribadat dan menjalankan upacara keagamaan. Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan menyembah nenek moyang pula membina tokong dan pagoda mereka di bandar. Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan persatuan masing-masing untuk menjaga kepentingan sendiri. Penubuhan persatuan-persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.
Seterusnya, antara faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi. Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman kaum mengikut kegiatan ekonomi mereka. Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. secara tidak langsung , ketiga-tiga bangsa ini telah mewujudkan masyarakat majmuk kerena perbezaan fungsi ekonomi mereka.
Pendidikan/persekolahan, disebabkan kepelbagaian kaum di Malaysia mejadikan sistem pendidikan mengikut kaum. Terdapat dua jenis sekolah di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular. Pendidikan cina untuk anak-anak kaum Cina, Sekolah tamil untuk anak-anak kaum India dan akhir sekali ialah pendidikan melayu untuk anak-anak kaum Melayu. Kebanyakan buku-buku dan guru dibawa daripada tanah besar mereka kecuali kaum Melayu. Perbezaan ini mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kawasan penempatan yang berbeza seperti kaum Cina ditempatkan di kawasan lombong manakala kaum India ditempatkan di kawasan ;adang getah terpencil sedikit daripada kaum Cina dan Melayu Seterunya kaum Melayu di tempatkan dikampung-kampung luar bandar. Penempatan yang berbeza menyebabkan meraka tidak berhubungan dengan antara satu dengan yang lain.
Sosio budaya, setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza dan cara hidup yang berbeza. Bagi kaum Cina dan India mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Disamping itu, wujud pertubuhan di penempatan masing-masing yang kegiatan mereka berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
PERNYATAAN MASALAH:
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia melahirkan mesyarakat yang majmuk. Ini menyebabkan Malaysia kaya dengan adat dan budaya. Pada masa kini di mana isu-isu hangat seperti isu perkauman sering terjadi terutamanya dalam golongan orang muda yang kurang matang tentang isu-isu seperti ini. Begitu juga ahli-ahli politik yang mengunakan isu perkauman sebagai salah satu agenda mereka untuk mendapatkan sokongan dan undian.Turut serta pengaruh media sosial yang banyak menunjukan isu-isu sensitif bagi memprovokasi dan memecah belahkan masyarakat di negara ini. Ini dapat dibuktikan dia mana terdapat segilintir masayarakat yang tidak menghormati kaum yang lain di media sosial.
KESIMPULAN :
Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
RUJUKAN :
https://zanas.wordpress.com/2019/01/20/konsep-masyarakat-majmuk-di-malaysia/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
http://faizolsubhi.blogspot.com/2011/04/faktor-faktor-pembentukan-masyarakat.html


Comments
Post a Comment